Mp3

Monday, June 29, 2015

Rindu Ramadhan Di Perantauan

Salam Ramadhan..Moga ramadhan tahun ini memberi keberkatan buat kita semua.
Ramadhan tahun ini tidak lagi sebagai seorang pelajar. 3tahun aku menyambut ramadhan bersama sahabat2 tesayang. Pelbagai memori yang masih bermain difikiran aku ketika menyambut ramadhan bersama diorg.

Tahun pertama, menyambut ramadhan di Taiping tersngt lah seronok buat aku. Kerinduan terhadap diorang semua tidak terkata. Kalau boleh masa tu dikembalikan pasti seronok. Aku percaya diorang pun tak lupa akan kenangan menyambut ramadhan di hostel. Macam2 kerenah yang aku dapat tngk. Kehidupan menyambut ramadhan di hostel mungkin sukar buat kami untuk mencari juadah berbuka sbb bazaar atau kedai makan jauh dari kolej. pada masa 2 juga masing2 xda transport so kalau nak keluar perlu naik teksi( dah la ramai ada hati nak berhimpit dlm teksi 2) HAHAHA.  
Kalau malas keluar kitaorg just masak dlm bilik 2 pun kalau ada bahan.Bila teringat time 2 boleh gelak sowang2. Yang aku tak lupa time semua sakit perut sbb makan nasi goreng basyi. Punya lah awal suh masakkan nasi..tiba2 time nak buat nasi goreng, dy xtekan periuk 2 dah la nak dekat buka posa..kitaorg gelak xingt dunia. Time 2 sumpah lawak gyla!! Tapi semua 2 kenangan bersama, susah senang bersama lapar pun sama2 tahan.
Pengalaman mcm ni xkan berulang smpai bila pun..Kenangan tetap kenangan dan ianya akan menjadi memori yang terindah dlm hidup kitaorg. 


Tahun kedua n ketiga aku menyambut ramadhan dekat sewa bersama housemate yg bertukar2. Tapi setiap antara diorang tetap ada kenangan bersama. Baik buruk seseorang 2 biarlah dy dgn Allah yg tahu. Time ni aku sendri berpeluang g bazaar bersama diorang. Tapi kalau dah beli smpai xingat dunia..yang penting beli makanan msti akan berkongsi bersama. Makan sampai kekenyangan smpai xlarat berjalan pun ada. Bersahur bersama, kejutkan 1 sama lain. Perkara2 mcm ni ssh utk aku lupa. Biar apa pun terjadi biarlah kenangan bersama diorang yang pernah muncul dlm hidup aku menjadi memori yang terindah sampailah hembusan nafas terakhirku.

Tahun ni aku berpuasa bersama keluarga aku, Tahun ni aku berazam utk berubah, dh lama pun aku tak g terawih so tahun ni alhamdulillah aku dpt buat terawih bersama insan yang aku sayang. Selama 11 hari berpuasa ni juga aku cuba untuk mencari redha NYA.
Setiap insan ada kelemahan sendiri, dan setiap orang 2 juga ada perasaan ingin berubah.
Bila berjauhan dengan sahabat tersayang, hanya doa yang mampu aku kirim kan. Bagi aku kebahagiaan diorang adalah kebahagiaan aku!! Diorang juga banyak mengajar aku erti kehidupan dan diorang terima setiap kekurangan dalam diri aku ni.

Cukuplah setakat ni, sbb aku rindukan diorang semua aku buat entry ni. So berharap setiap yang berlaku dlm hidup ada hikmahnya.
Buat korang:
Fatin,Niesa,Farah,Tirah,Zombie thx utk segalanya. Thx sbb terima setiap kekurang aku walaupun banyak perkara yg berlaku antara kita tapi Allah masih beri peluang utk kita bersama. Aku bersyukur dpat kenal sahabat mcm korang. Korang sentiasa dihati aku!!
Sayang korang muaahh.. 



   #Sahabat dari orientasi sampai sekarang.
      Moga persahabatan ni kekal hingga jannah 
       in sya allah..Amin